Good morning, peace & all good.
U2( Ujian 2): Good luck & selamat menjawab ujian2 kepada para pelajar ST.JOHN..
Selamat bercuti & selamat Hari Raya .
Jangan lupa balik sekolah pada 6 sept ahh;))
Wednesday, August 24, 2011
U2 - cuti - selamat hari raya
Posted by Cheall Hiew at 4:38 PM 1 comments
Thursday, August 11, 2011
Projek Sejarah 2UMS 2011
Tahniah kelas 2UMS yang telah menjayakan aktiviti kumpulan berdasarkan konsep 5R(Rethink, Reduce, Reuse,Repair & Recycle) Hasil yang sangat kreatif .
menggunakan botol minuman, buluh & lebihan kain |
menggunakan kotak susu untuk dijadikan kereta api |
menggunakan tin-tin minuman & kapas |
Posted by Cheall Hiew at 6:39 AM 0 comments
Projek kumpulan sejarah 1UMS (5R)
Tahniah, kumpulan yang telah memenangi aktiviti ini |
Antara hasil kumpulan:
Posted by Cheall Hiew at 6:24 AM 0 comments
Selepas EE Race VIII @5R
Aktiviti EE Race VIII terutamanya lawatan tugasan 1 kumpulan kami ke SM St, Micheal Penampang telah sedikit sebanyak memberikan idea untuk pelaksanaan konsep 5R (Rethink, Reduce, Reuse,Repair, Recycle) di sekolah saya sendiri. Saya telah aplikasi ini dalam mata pelajaran KHB 2UM 2011 di bawah tajuk tanaman hiasan.
Aktiviti kumpulan : setiap kumpulan dikehendaki mengumpulkan tempurung kelapa untuk dijadikan bekas menanam bunga..
HASILNYA.....
Tahniah, tahniah 2UM kerana telah berjaya mengumpulkan 878 tempurung kelapa dalam tempoh yang singkat.
( 20/7/2011- 26/7/2011).
Tahniah juga kepada pemenang iaitu kumpulan 1 yang telah berjaya mengumpulkan 295 tempurung kelapa.
Terima kasih atas kerjasama padu serta para pelajar yang telah datang awal ke bengkel KHB untuk membersihkan tempurung kelapa kumpulan.
Marilah kita bersama-sama menjayakan konsep
5R:Rethink, Reduce, Reuse,Repair, Recycle
Aktiviti kumpulan : setiap kumpulan dikehendaki mengumpulkan tempurung kelapa untuk dijadikan bekas menanam bunga..
HASILNYA.....
Kumpulan 4: 66 tempurung kelapa |
kumpulan 3 : 82 tempurung kelapa |
kumpulan 5: 169 tempurung kelapa |
kumpulan 2: 235 tempurung kelapa |
kumpulan 6: 31 tempurung kelapa |
kumpulan 1: 295 tempurung kelapa. Tahniah kumpulan 1 |
pelajar tekun membersihkan tempurung kelapa |
hasilnya... taman mini 2UM |
Tahniah, tahniah 2UM kerana telah berjaya mengumpulkan 878 tempurung kelapa dalam tempoh yang singkat.
( 20/7/2011- 26/7/2011).
Tahniah juga kepada pemenang iaitu kumpulan 1 yang telah berjaya mengumpulkan 295 tempurung kelapa.
Terima kasih atas kerjasama padu serta para pelajar yang telah datang awal ke bengkel KHB untuk membersihkan tempurung kelapa kumpulan.
Marilah kita bersama-sama menjayakan konsep
5R:Rethink, Reduce, Reuse,Repair, Recycle
Posted by Cheall Hiew at 2:11 AM 0 comments
EE RACE 8
KURSUS PENDIDIKAN ALAM SEKITAR UNTUK PARA GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH PAPAR DAN TUARAN 2011 (EERACE VIII) ANJURAN JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH BERSAMA-SAMA DENGAN BEBERAPA AHLI SABAH ENVIRONMENTAL EDUCATION NETWORK (SEEN)SEMPENA HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2011
: 28 Jun (selasa) – 1Julai 2011(jumaat)
MASA PENDAFTARAN : 8.30 PAGI – 9.30 pagi
TEMPAT : Kompleks Tabung haji, Kota Kinabalu
OBJEKTIF :i) Mempertingkatkan pengetahuan para guru mengenai pelbagai
isu alam sekitar dan
ii)Mendorong para guru untuk member penekanan kepada
program pendidikan alam sekitar di sekolah mahupun di luar
sekolah
: Hari Pertama (28 Jun 2011)
· Ice breaking dan team building. Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan. Nama kumpulan adalah berdasarkan gambar puzzle yang telah Berjaya disusun
· Penyampaian taklimat mengenai EERace VIII dan kriteria penilaian power point kumpulan untk pembentangan tugasan
· Melaksanakan tugasan 1: setiap kumpulan bergerak mengikut kenderaan mengikut nombor kumpulan ke destinasi yang dirahsiakan. Setiap kumpulan diiringi dengan dua orang fasilitator dan seorang pemerhati. Tugasan 1 kumpulan saya adalah di SM St.Micheal Penampang dan kumpulan kami perlu mendapatkan semua maklumat dalam masa 2 jam yang telah diperuntukan.
· Selesai tugasan 1, kumpulan beredar ke destinasi seterusnya, ahli kumpulan diminta meneka lokasi seterusnya. Soalan pop kuiz telah diberikan pada kumpulan dalam perjalanan. Destinasi kedua kumpulan kami ialah ke Hutan Paya Gambut Klias, Beaufort
· Selepas makan malam, kumpulan kami diberikan taklimat mengenai Hutan Paya Gambut Klias oleh En.Christhoper Matunjau
· Kami juga menyediakan slaid power point dan gambar-gambar untuk tugasan 1 (9.30 – 11.30pm)
Hari kedua (29 Jun 2011)
aktiviti ice breaking |
tugasan 1: di SM St.Micheal Penampang |
jungle trekking |
· Tugasan 2: Jungle trekking pada laluan trek sepanjang 3.6km dalam hutan simpan kelas pertama
· Melawat dan mendengar taklimat di Pusat Informasi Rumbia Kuala Penyu. Kami juga berpeluang melihat aktiviti mencari ‘vutod’ ( ulat pokok rumbia)
· Tiba di B&B Sg Gerama,Beaufort untuk perjalanan menyusuri sungai Gerama sambil melihat kehidupan flora & fauna. Makan malam di B&B Sg.Gerama
yeah..ahli kump 4 dgn fasi |
Hari Ketiga (30 Jun 2011)
· Aktiviti menanam pokok di Hutan Paya Gambut Klias
· Bertolak kembali ke Kompleks Tabung Haji,KK pada jam 10pagi dan tiba di Kompleks Tabung Haji pada pukul 12 tengahari.
· 2pm: Pembentangan dan penilaian pembentangan Tugasan 1 & Tugasan 2
· 8pm: Tugasan 3 .Setiap kumpulan diminta menyediakan P&P berdasarkan pengalaman di lapangan mengikut subjek yang telah disediakan
· 9.30pm Penyerahan tugasan 4
Hari keempat (1 Julai 2011)
· Pelaksanaan Tugasan 4. Kumpulan kami ditugaskan ke SMK Sanzac bersama-sama dengan kumpulan 3. Kumpulan 1 dan 2 ditugaskan ke Maktab Sabah. Sasaran kami adalah pelajar tingkatan 4. Kami diminta mengajar mengikut Rancangan Pengajaran Harian yang telah dalam tugasan 3
· Majlis Penutupan EERace VIII oleh En Yabi Yangkat, Pengarah Jabatan Perlindungan Alam Sekitar merangkap Pengerusi Sabah Environmental Education Network (SEEN)
Secara keseluruhannya, EERace VIII ini sangat menarik dan telah membantu kami meningkatkan pengetahuan mengenai pelbagai isu alam sekitar. Cabaran para guru selepas ini adalah untuk mendorong penekanan kepada program pendidikan alam sekitar di sekolah mahupun di luar sekolah. Destinasi yang berlainan untuk setiap kumpulan telah membolehkan kami saling berkongsi maklumat menerusi pembentangan tugasan 1 dan tugasan 2.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua, Pn Ngiam Eng Hong dan Pn. Yeow kerana memberikan saya peluang untuk mengikuti kursus ini. Terima kasih juga kepada rakan sepasukan kumpulan 4 @ Gajah iaitu Hassan, Hajijah & Felicia
Hutan Paya Gambut Klias telah dijejaki
Khazanah warisan perlu dihargai
Membawa misi EERace VIII objektif sejati
Menyelamat bumi matlamat hakiki
peserta EE RACE VIII bersama dengan para fasilitator |
para fasilitator yg banyak membantu;)) |
Posted by Cheall Hiew at 12:58 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)